Tiada kata yang lebih manis dari ungkapan TAHNIAH! kepada KAKSU
dan NOOOR ASHHHH...hehehe sori
...atau nama sebenarnya NORISAH A.BAKAR di atas kelahiran novel terbaru. TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!

Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar.
"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya.
Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"
Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai

Nur Asyidah
Bagaimana aku dapat mencintaimu sedangkan hati terluka? Bagaimana aku dapat hidup bersamamu sedangkan perasaan ku sering lara?
Hidup ku tiada indah, Ikmal Razif. Mungkin bahagia itu bukan milikku. Hanya untaian duka yang sering menjengah dan hatiku pun gundah
Ikmal Razif
Nur Asyidah.... jangan kau simpan kesumat dendam, Usah kau himpun rajuk tak terpujuk. Kelak merosak diri. Lontarkan ia ke dasar paling dalam. Cintaku tulus dan suci, ingin menyeri hatimu yang selama ini sunyi.
p/s Wabbit kita copy dr umah ko...hehehe...ampun ;)
Posted at 12:22 pm by redsportcar
Permalink
Nora – Secebis Harapan
Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan
Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal
Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan
Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padaMu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padaMu ku serahkan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padaMu Tuhan
Tuhan……..
Posted at 02:47 pm by redsportcar
Permalink
Dari airmataku yang jernih
Renunganmu entah di mana
Hembusan bayu membisik engkau rindu….
Kepadaku
Betulkah apa yang kau katakan
Ataupun mainan perasaan
Jiwa yang gelodak
Yang meronta kesakitan
Aduh…aduh….
Aduh sakitnya jiwa ini
Meronta dalam kepalsuan
Andai aku tahu beginikah oh jadinya
Aku pun tak mahu mengundur diri
Walaupun cubaan menimpa
Ku masih terus lagi
Iman dilihat
Bukan dari zahir matamu
Serupa walaupun berbeza
Aku pun begini
Serupa pada satu masa
Nanti………….

redsportcar
Posted at 01:32 pm by redsportcar
Permalink

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
salam sayang
redsportcar

Posted at 11:09 am by redsportcar
Permalink
Berminggu lamanya aku termanggu
Menghitung detik dan saat penuh luka
Kulalui duka dalam laung ketawa
Kulalui sendu dalam pasrah dan nestapa
Kiranya kau tahu diriku di kala itu……
Bicara lukamu disebalik sedarku
Sungguh bisa malah tidak kusangka
Tak ku sangsi dan tak pernah kuragui
Malah kasih kuberi melebihi segala
Kiranya kau tahu diriku di kala itu…..
Penitian hari kuteruskan jua
Demi kasih ikatan persahabatan yang tak berbelah bagi
Kisah sedih nan pilu cuba kulupakan
Biarpun ketabahan hati tercalar luka
Biar jiwa terkorban disusuk duri kesedihan
Kiranya kau tahu diriku di kala itu……..
Ku yakin dan kupasti
Kau akan mengerti dan memahami
Setelah kau sedari diriku tak lagi disisimu dikala itu…..sahabatku

Posted at 11:43 am by redsportcar
Permalink
Berangan nak jadi ahli koprat berjasa
Budi dihulur dengan hati yang luhur
Esok atau lusa kita akan mula berpuasa
Alahai mak…malasnya aku nak bangun pagi bersahur
Burung terbang atas bumbung rumah pangsa
Cik ayam tak pandai panjat pokok kelapa
Setiap kali tiba masa berbuka puasa
Kepala pening pikir menu nak masak apa
Bulan puasa disambut hujung bulan tak mengambang
Hajat dihati nak berbuka dengan makan besau
Terlupa pulak poket sudah kering kontang
Alamat buka puasa berlauk telur goreng kicap mata kerbau
Budi baik orang ramai menyanjung
Budi ditabur bukan mintak balasan
Kepada sahabat, kekawan dan pengunjung
Salam Ramadhan al-mubarak dan SELAMAT BERPUASA diucapkan
Akhir baris pantun bicara
Mohon ampun dan maaf dipinta
Atas segala salah silap dan kata mengata
Moga ibadah puasa kita akan diberkati oleh-Nya - amen 


salam sayang dr
redsportcar

Posted at 10:24 am by redsportcar
Permalink
Dihati kita pernah membisik rasa cinta
Menjadi ilusi hati yang tidak terluah
Dihati kita pernah berputik bebunga rindu terpendam
Layu terlerai sebelum kembang mengharum
Dihati kita pernah terlukis seraut wajah kekasih
Namun hanya igauan dalam mimpi-mimpi terindah
Biarpun hanya seketika
Biarpun bukan untuk selama-lamanya
Kasihku…kasihmu
Tersimpan rapi pada batasan bicara
Cukuplah sekadar sinar mata menyelami segala
Jua demi pergorbanan janji yang sudah terikat setia
Namun jauh disudut hati tetap berdetik
Mungkihkah dikau kan daku miliki
Kini deru angin semalam terus menghembus
Membuai rasa sayu dihati
Cinta dan kasih kian berlalu dipenghujung rindu
Gugur bak dedaun kekeringan
Terkubur sepi dibumi kegersangan
Nukilan rasa
Redsportcar

Posted at 10:08 am by redsportcar
Permalink
Lusa hari Jumaat
Hari ni hari Rabu
Kerja banyak yang amat
Tapi rasa nak tongkat dagu
Yesterday was Tuesday
Hari sebelum selasa adalah Isnin
Aduh! Banyaknya surat dalam tray
Surat yang aku belum sain
Hari-hati makan daging itik
Teringin plak nak makan ayam golek
Ku pandang, ku tenung dan ku tilik
PC kat depan macam bantal golek
Wabbit datang terloncat-loncat
Melompat ataih bumbung red yang cantik
Wabbit terjeri-jerit kaki tergeliat
Dah puas jadi rabbit nak jadi monyet plak ek
Kaktulipk pegang bendera terpacak
Terpacak bawah pokok nangka
Kak nOOr kita pong rindu gak
Bila plak nak bersua muka
nukilan pening
redsporcar
Posted at 11:47 am by redsportcar
Permalink
Camar pagi menyanyi riang
Sang rembulan berundur sopan
Berganti mentari nan indah tersenyum
Menyinari pelusuk alam
Namun kecerian tidak tertawan
Dek hati yang gundah menahan rasa
Suara dari kamar hati
Bergetar pada alunan tanpa rentak
Pada kesiangan ini
Ku cuba merungkai persoalan
Dapatkah aku mentaksirkan
Kilasan-kilasan warna pelangi hati
Yang menjadi batas makna
Erti sebuah persahabatan
Di sebalik kesamaraan identiti
Atau hanya aku sendiri yang terasa
Atau aku sendiri yang beriya-iya
Membina pepohon silaturrahim
Sedangkan hati ditaburi prasangka tidak
Hari menggamit kelam
Aku kian akur
Setelah menyusur hari
Aku kian sedar siapa diri
Biarlah ku diam tanpa suara
Namun jauh dipelusuk hati
Masih membina keikhlasan terselit sekalung doa
Semoga taman keakraban
Terus dihiasi haruman benih-benih kasih sayang
Menyemarakan lagi kemesraan.
Pada pepohonan rimbun ikatan silaturrahim.

istimewa dariku redsportcar
Posted at 09:07 am by redsportcar
Permalink

Tatkala sepi ini
Kenangan pahit dan manis
Sendu dan pilu pasti mengamit tiba
Mengunjung dan mengepung diri
Tatkala sepi ini
Kerinduan pasti datang memahat hati
Mengukir resah gelisah dalam sanubari
Meninggalkan kesedihan dilaman naluri nan sendu
Tatkala sepi ini
Memori semalam meresap di sanubari
Resah terus merantai di tiang emosi
Dan aku sedar yang aku sebenarnya dalam sepi

nukilan saja-saja
redsportcar
Posted at 09:02 am by redsportcar
Permalink